
Alhamdulillah, bersyukur ke-Hadrat Illahi kerana akhirnya blog ini dapat direalisasikan. Berbekalkan pengalaman yang sedikit tentang alam 'blogging' ni, dapatlah juga blog ini didaftarkan dengan bantuan seorang rakan. Harap rakan2 bloggers yang lain dapat membantu kami yang kurang berpengalaman ini.
Kami adalah pengusaha projek cacing lumbricus di Bemban, Melaka. Projek cacing kami ini telah diusahakan sejak setahun yang lalu.Dalam tempoh usaha tani ini, terdapat banyak pengalaman yang di perolehi dan kami ingin berkongsi bersama-sama dengan rakan-rakan penternak yang lain.
Diharapkan suatu masa nanti, projek kami akan berkembang menjadi lebih maju, Insyaallah.